Wednesday, 6 January 2016

selangkah ke dunia realiti

Masa berlaku begitu pantas. Sedar tak sedar dah dekat 5 tahun perkenalan. Err kelupaan sudah bila tarikh keramat perkenalan. Tapi tak apa. Salam 5 tahun perkenalan Awan! Pelangi harap Awan sihat sihat sahaja bersama si Bunga di sana. Harapnya dengan kehadiran si Bunga, Awan semakin gembira menempuh hari hari yang mendatang. Awan, selalunya kan kalau pelangi sedih atau tertekan dengan macam macam masalah, Awan ada untuk buat lawak dan menyanyi ( kadang kadang). Alahai sekejap sangat tempoh dapat rasa semua itu dengan Awan. Awan dah ada kehidupan sendiri. Perancangan masa depan yang lebih indah serta bakal mencoret pelbagai kenangan serta detik detik manis bersama yang tercinta. Alhamdulillah. Pelangi gembira bagi pihak Awan atas kejayaan Awan mengharungi dugaan sepanjang di kejauhan. Pelangi doakan yang terbaik buat Awan. Pelangi dari kayangan sentiasa menjengah ke bawah untuk melihat Awan walaupun terpaksa menahan perit dan luka kerana duri duri cemburu yang mulai tumbuh di sekeliling kayangan. Manakan tidak, Pelangi seseolah menggapai bayang bayang Awan sahaja kerana Awan tidak lagi mahu menghampiri kayangan pelangi yang kini sudah tidak ada serinya. Tapi tidak mengapa, pelangi sudah tidak ada rasa inginkan kegembiraan yang sudah lama terpadam. Sekadar mahu mencuba untuk menghampiri dunia baru. Dunia realiti yang sudah menjadi tempat pelangi menetap. Dunia ini banyak mengajar pelangi untuk jadi lebih matang serta belajar menerima ketentuanNya. Hari hari yang mendatang penuh dengan kekeliruan yang terselit sinar kebaikan yang tidak mampu diungkapkan. Begitu indah susunan Yang Maha Esa. PerancanganNya jauh lebih sempurna. Jauh lebih bermakna serta penuh hikmah. Alangkah indahnya hidup ini jika ditempuhi dengan bibit bibit kesabaran serta prasangka yang baik terhadap sang Pencipta. Hidup lebih bermakna. Pelangi di sebalik Awan mulai hilang di saat hujan kesedihan sudah lama tidak menitis. Alhamdulillah.