Thursday, 7 May 2015

pesanan untuk hari ini

sabar
jangan menggelabah
senyum pada semua orang
jangan cepat menilai orang


terima kasih :-)

aturan

assalamualaikum...

wahhh wahhh..lamenye sy x update blog.haha
maaf lah. kesibukan melanda diri kebelakangan ini. :-)

ok ok..ke mana menghilangnya cik Seri ni?
haha..jom kita menjejak saudari itu.hehehe


nak dijadikan cerita,
si Seri ni baru sahaja menamatkan zamannya.
zaman ape? zaman persekolahan la cik adik..takkanlah zaman bujangnya.haha

Setelah berbulan-bulan dia berada di rumah,,,
Seri mendapat panggilan darii pelbagai kolej mahupun universiti yang semuanya swasta.
alahaiii...banyak sgtt ke duit aku nk belajar di ipts ni??
hahaha..takpelaaa dlu.
kita tungguu yang upu punye result dlu.
konfem bukan swasta..*nama pun upu.mestila bukan swasta.ape laaa.hahaha

bagai jatuh ditimpa tangga..

peribahasa ini amat lah sesuai untuk menggambarkan situasi si Seri kali ini.
setelah diri dikecewakan.
kali ini, dia diuji lagi dengan dugaan yang berat.

ayahnya jatuh sakit.
Seri kini gusar dan bimbang utk dirinya meninggalkan rumahnya untuk ke menara gading berikutan keadaan ayahnya yang memerlukan jagaan yang rapi..
ibunya pula sering sakit kerana penat menjaga ayah si Seri ini.
benarlah, tempat isteri di sisi suami.
melihatkan ibu aku merawat ayah siang dan malam tanpa mengenal erti jemu mmbuatkan aku kagum dengan kasih antara mereka. aku bersyukur mereka adalah orang tuaku malah aku berbangga.bangga kerana memiliki ibu bapa yang hebat dan berperibadi mulia.
ayah sering berulang alik ke klinik mahupun hospital. untung kerana abang sulung ku tinggal berdekatan. boleh lah kami tiga beranak di rumah ini meminta tolongnya sekiranya berlaku sesuatu.

"Seri, besar harapan ayah ingin melihat kamu berjaya. jadilah seorang guru. bolehlah kamu menjaga ibumu ini kelak. bertugas la di negeri ini kelak ye nakk..ayah juga mngharapkan ada salah seorang anak ayah dpt tinggal di rumah kita ini untuk mnjaga kami suami isteri. ayah hidup dah xlama. belajar la bersungguh sungguh ye. kamu anak yang bijak dan baik orangnya."

Seri sering mndengarkan ayahnya bercakap sebegitu. dia sebak.dia ingin ayah dan ibunya melihat dia berjaya. ingin membalas jasa ayah dan ibunya. ingin membahagiakn mereka.ingin bersama mereka selamanya.

aku tak ingin belajar jauh. aku nak jaga ayah dan ibu aku.aku nak belajar dekat2 sini je.aku tak nak tinggalkan mereka berdua. mcm mana nnti kehidupan mereka berdua jika tiada seorang pun anak mereka di rumah? walaupun aku seorg shja yg ada di rumah, mereka masih kurang ceria,tiada selera makan, selalu termenung mngenangkan anak2,...macam mana nnti jika aku tiada di sisi mereka?

ya Allah,, jaga lah mereka berdua. jauhkanlah segala musibah dan bahaya terhadap mereka.berikan kebahagiaan kepada mereka dunia dan akhirat. aminn..




bersambung....

Friday, 20 March 2015

be tough

assalamualaikum...

bagai kaca pecah berderai. begitulah ibaratnya hati Seri ketika itu. sy bagaikan tidak sanggup untuk menulisnya di sini.

"ya, Fazrul dah bertunang makcik."

satu pesanan ringkas yang dikirimkan kepada ibu Seri.

dalam seminggu semua ini menimpa Seri. semua ini amat mengejutkan. hati Seri bagaikan disiat lumat dengan apa yang terjadi.

di saat pesanan ringkas itu singgah di telefon bimbit ibu Seri, Seri sendiri yang membukanya. Seri bagaikan terkena renjatan elektrik.air matanya seakan akan ingin menitis namun disekanya sambil digagahkan dirinya berjalan masuk ke biliknya. bimbang. bimbang akan adik serta ibunya menyedari akan perubahan riak wajahnya.

Seri sedih. sedihnya bertambah lagi apabila melihat wajah tua ibunya yang menyimpan hasrat untuk bermenantukan Fazrul. tapi dia harus sedar

FAZRUL KINI BERGELAR TUNANGAN ORANG

ya, aku harus redha. dia kini selangkah lagi ke arah membina masjid. bukankah aku seharusnya gembira? gembira kerana dia tidak lagi disakiti aku.
ya Allah, sungguh aku ingin pergi jauh.jauh dari memori luka ini ya Allah. permudahkan langkahku. seorang hamba tidak lari dari menerima ketentuan Sang Pencipta. maka redhakanlah aku.

assalamualaikum w.b.t.

Thursday, 19 March 2015

tiada jodoh

assalamualaikum..

satu tamparan yang agak dahsyat pada suatu pagi yang hening.
ahha. tiada perkataan yang boleh sy ungkapkan.

okay. sy nk sambung kisah kawan sy ni. yang mana? haha. Seri la.siapa lagi kan.

tapi kali ni last episode la.

nak dijadikan cerita. si Seri ni bercinta la dengan si fasi dia ni.tak lama. sebab Seri mulai keliru akan perasaannya. jadi berlaku la pelbagai tragedi yang menyayat hati.

maaf ye. tragedi tersebut teramatlah dahsyat sehinggakan sy tidak sanggup untuk menulisnya di sini.

setelah berbulan bulan mereka tidak bercakap..

abang, abang sekarang macam mana? study okay? abang sihat ke tak? macam ni..Seri nak tanya sikit ni kat abang. mak yang suruh tanya. haha. abang dah ada calon ke? mak berkenan nak buat menantu.

Seri buat muka tak malu plak kan bertanya macam tu. ape laahhh..hahahahaha

maaf ye Seri. abang dah ada calon. yela, Seri jugak kan yang asyik tolak abang. bukan sekali tapi banyak kali. last last, abang mengalah la. abang pun tak tahu macam mana perasaan ni boleh tetiba je ada kat akak tu.

Seri tergelak kecil. malu serta sedih menusuk ke benak hatinya. Seri gagahkan diri untuk bercanda buat kali terakhir dengan Fazrul.

oh yeke..alhamdulillah la ye abang. Seri tumpang gembira. tahniah la. semoga berkekalan sehingga jannah ye.aminn

tuttt tuttt...

Seri meletakkan telefonnya di atas katil dengan tidak bermaya.

Ya Allah..adakah ini yang dinamakan tiada jodoh? pedihnya ya Allah. bantu aku ya Allah.
kuatkan aku.
aku harus kuat. mungkin ini balasan atas segala dosa aku pada Fazrul. mulai hari ini, dia adalah orang asing bagiku.
bangkit lah wahai diri yang sudah tersungkur.







bersambung....

Tuesday, 17 March 2015

langkah

assalamualaikum w.b.t.

sudah berkurun lamanya sy tak buka blog ni.haha.sejak kne hack haritu, rasa serik la plak nk post benda private mcm haritu. entah la sape yg rajin sgt nk hack tu.ish ish ish..sungguh dan teramat tidak patut. *betul ke ayat aku ni?
haha.okay okay.
hari ni sy nk bercakap mngenai langkah.haha.haa,, langkah ape ye? langkah seribu? langkah ape lagi? silap langkah?

haha.okay okay.sy nk ckp pasal silap langkah. sy nk cite sikit pasal seorang insan ni.

nama dia simple je.
umur pun setahun jagung lagi.
cantik ke tak? haha. semua makhluk ciptaan Allah cantik-cantik kan. lupa ke?haha

alkisahnya..

"esok ada kem.kem untuk subjek agama.semua wajib hadir okay? awk semua kne daftar esok di depan masjid sekolah kita.jangan lewat ye murid-murid"
ustazah berlalu meninggalkan kelas.

okay.aku tak nak join la kem tu.boleh ke tak ni, Wati? aku tak minat la kem macam ni. buang masa aku je kan.aku rasa lagi baik kalau aku stay je dalam room kan.boleh la jugak aku rehat kan?

eh mana boleh Seri. kau kena jugak masuk kem tu.kalau tak pengetua akan ambil tindakan tegas pada kau tau.

keesokan harinya...
"assalamualaikum..nama saya Fazrul. saya akan bertanggungjawab sepanjang kem ini berlangsung kerana saya adalah ketua fasilitator awak semua. harap awak semua dapat beri kerjasama ye. salam perkenalan.":-)

"wahh..kacak gilerr abang tu.jangan usik tau.abang tu aku yang punya."itu kata semua pelajar perempuan.

aku hanya melihat sekilas sahaja kerana aku langsung tidak berminat dengan acara dalam kem ni.ketua fasilitator itu juga turut trkena tempias ribut taufan aku.aku seakan-akan mengejeknya ketika dia berucap di hadapan kami semua.dengan kata mudah, aku tidak menyukai si abang fasi yang gemar bercakap itu.

sepanjang kem tersebut berlangsung, aku tidak mengambil sebarang bahagian dalam acara luar.pelbagai alasan yang aku berikan.sudahnya, aku hanya berbual kosong dengan ustaz serta ustazah ketika acara luar berlangsung.

pada hari terakhir kem..

alhamdulillah.kem dah tamat.
"Seri, betul ke ketua fasi kau tu Fazrul?"
aku mengangguk.
"kau tahu tak dia tu ada kisah yang menyayat hati?aku rasa lebih baik kau minta maaf pada dia sebab aku tahu kau banyak ejek dia kan?"

setelah mendengar kisah saudara Fazrul...

sekarang cuti.apa nak buat ye?layan mukabuku pun best juga ni.
wahh..banyaknya news feed kali ni.kena scroll slow slow nampaknya.tak nak terlepas apa apa cerita pun.hehehe.
'Fazrul Md Hassan'
ehh..siapa ni?kenapa ada di news feed aku ni? aku prnah friend ke dengan dia ni? lebih  baik aku klik dulu biodata dia.mane tau la kan kawan dulu dulu ke.
eh.. bukan ke ni ketua fasi aku ke?bila plak aku friend dengan dia? tapi takpe.jom stalk dia dulu. hehe

lupa plak..aku belum minta maaf lagi ni dengan dia.banyak ni dosa dengan dia.alahaii..macam mana nak mulakan conversation ni.

setelah berbulan bulan berbalas mesej di mukabuku...

bersambung...........