Saturday, 9 September 2017

rasa nak menulis

assalamualaikum w.b.t. 


Dah lama tak berbicara dalam blog usang ni. Haha. dekat setahun dah tak buka blog ni. masa tidak mengizinkan. yela, bila dah jadi budak universiti ni mcm ni la jadinya. tapi actually masa nak exam je yg busy memanjang. kalau bukan musim exam memang masa tu BANYAK. haha. sejak ada unlimited internet ni kerjanya tengok drama je. tengok kat telefon. berhabuk dah laptop sebab duk main telefon je tengok Youtube. 


nak berkongsi cerita sebenarnya. sebab tu terpanggil nak buka blog. walaupun aku tahu yang tak ada siapa yang nak baca pun. just wanna write something somewhere. and blog might be the right place. isn't it? haha. 


aku dah habis foundation. alhamdulillah straight pass in one sitting. siapa sangka budak kampung mcm aku ni boleh compete ngan orang bijak2. walaupun tak adalah tinggi mana average mark aku, aku still bersyukur sebab aku boleh maintain markah and still ditaja 100%. sebenarnya ambil kos akaun ni macam cari maut juga. tak ada istilah honeymoon. kenapa? sebab kena keep on track ! aku ni spesies yang suka melencong. memang menderita juga la pada awalnya. tapi berkat sokongan orang2 tercinta, aku boleh hadapi all those bad times. thanks to them!


aku masuk universiti swasta ni sebenarnya atas rezeki and doa ibubapa. universiti ni antara universiti termahal di malaysia dan berprestasi tinggi. ~tak nak beritahu nama universiti. haha
penaja yang bagi syarat suruh study dekat universiti ni. jadi bila orang dah bagi free ni apa lagi kan, aku ambil lah peluang ni. awalnya 'culture shock' juga. aku yang dari sekolah kampung yang dah biasa pakai baju kurung ni datang universiti tengok NO ONE pakai baju kurung! 90% pakai skirt /seluar pendek paras paha. ya ampunnnn. haha. aku pun terikut sama. ehhh bukan pakai skirt laa. i mean, segan nak pakai baju kurung. aku mula pakai blouse and seluar slack. and sampai sekarang pakai mcm tu. antara sebab lain aku pakai mcm tu sebab aku malas nak gosok baju kurung pagi-pagi lagi. yela, aku ni jenis bangun lambat. memang tak sempat la nak gosok baju bagai. haha. pernah sekali aku bangun lambat and aku gosok baju kurung. tau apa jadi? baju aku tu hangusssss dijilat iron! adoiii. baju tu baju mak aku jahit. huwaaaaaa!! sejak tu aku lebih rela tengok semua baju kurung aku tergantung sepi dalam almari for almost one year. mati lah aku kalau mak aku tau aku tak pakai baju dia jahit siang dan malam. *aku jenis yang tak suka gosok baju awal2 sebab end up baju tu akan berkedut balik by the time aku nak pakai. cis betul! haha


aku bukan lah top student kat sekolah dulu. yang dapat tajaan mcm aku yg study sini semua budak top student kat sekolah. haha. and dalam 7 org jugak lah belajar kat universiti ni termasuk aku. setiap kali exam aku lah orang paling takut kalau schoolmates aku tu tanya markah aku. yela, aku bukan pandai mcm diorang. T_T. 


apa yang aku suka kat sini is lecturers dia. ya Allah diorang bagus gilakkk. tak pelik la universiti ni diiktiraf 6 stars. aku yg tak pandai langsung pasal akaun ni pun dpt score dlm exam berkat ajaran diorang. *score tu mksdnya markah atas pagar ye. haha


jujur aku cakap aku tak sangka aku boleh berada di tempat aku sekarang. aku bersyukur sgt. Allah Maha Pemurah. Dia murahkan rezeki aku and keluarga aku. setiap hari ada je benda yg jadi yg buatkan aku kagum dgn kejadianNya. SubhanaAllah. 


sekarang aku di semester kedua ijazah. in syaa Allah dalam setahun setengah lagi aku akan graduate. Doakan aku ye. susah sebenarnya kos aku ambil ni. tapi in syaa Allah aku akan cuba yg terbaik! *fuhh semangat dah datang. tu diaaaa! haha


okay nanti aku sambung bila aku nak sambung. see you when i see you bebeh! 


assalamualaikum w.b.t.

No comments:

Post a Comment