Friday, 20 March 2015

be tough

assalamualaikum...

bagai kaca pecah berderai. begitulah ibaratnya hati Seri ketika itu. sy bagaikan tidak sanggup untuk menulisnya di sini.

"ya, Fazrul dah bertunang makcik."

satu pesanan ringkas yang dikirimkan kepada ibu Seri.

dalam seminggu semua ini menimpa Seri. semua ini amat mengejutkan. hati Seri bagaikan disiat lumat dengan apa yang terjadi.

di saat pesanan ringkas itu singgah di telefon bimbit ibu Seri, Seri sendiri yang membukanya. Seri bagaikan terkena renjatan elektrik.air matanya seakan akan ingin menitis namun disekanya sambil digagahkan dirinya berjalan masuk ke biliknya. bimbang. bimbang akan adik serta ibunya menyedari akan perubahan riak wajahnya.

Seri sedih. sedihnya bertambah lagi apabila melihat wajah tua ibunya yang menyimpan hasrat untuk bermenantukan Fazrul. tapi dia harus sedar

FAZRUL KINI BERGELAR TUNANGAN ORANG

ya, aku harus redha. dia kini selangkah lagi ke arah membina masjid. bukankah aku seharusnya gembira? gembira kerana dia tidak lagi disakiti aku.
ya Allah, sungguh aku ingin pergi jauh.jauh dari memori luka ini ya Allah. permudahkan langkahku. seorang hamba tidak lari dari menerima ketentuan Sang Pencipta. maka redhakanlah aku.

assalamualaikum w.b.t.

No comments:

Post a Comment