Thursday, 7 May 2015

aturan

assalamualaikum...

wahhh wahhh..lamenye sy x update blog.haha
maaf lah. kesibukan melanda diri kebelakangan ini. :-)

ok ok..ke mana menghilangnya cik Seri ni?
haha..jom kita menjejak saudari itu.hehehe


nak dijadikan cerita,
si Seri ni baru sahaja menamatkan zamannya.
zaman ape? zaman persekolahan la cik adik..takkanlah zaman bujangnya.haha

Setelah berbulan-bulan dia berada di rumah,,,
Seri mendapat panggilan darii pelbagai kolej mahupun universiti yang semuanya swasta.
alahaiii...banyak sgtt ke duit aku nk belajar di ipts ni??
hahaha..takpelaaa dlu.
kita tungguu yang upu punye result dlu.
konfem bukan swasta..*nama pun upu.mestila bukan swasta.ape laaa.hahaha

bagai jatuh ditimpa tangga..

peribahasa ini amat lah sesuai untuk menggambarkan situasi si Seri kali ini.
setelah diri dikecewakan.
kali ini, dia diuji lagi dengan dugaan yang berat.

ayahnya jatuh sakit.
Seri kini gusar dan bimbang utk dirinya meninggalkan rumahnya untuk ke menara gading berikutan keadaan ayahnya yang memerlukan jagaan yang rapi..
ibunya pula sering sakit kerana penat menjaga ayah si Seri ini.
benarlah, tempat isteri di sisi suami.
melihatkan ibu aku merawat ayah siang dan malam tanpa mengenal erti jemu mmbuatkan aku kagum dengan kasih antara mereka. aku bersyukur mereka adalah orang tuaku malah aku berbangga.bangga kerana memiliki ibu bapa yang hebat dan berperibadi mulia.
ayah sering berulang alik ke klinik mahupun hospital. untung kerana abang sulung ku tinggal berdekatan. boleh lah kami tiga beranak di rumah ini meminta tolongnya sekiranya berlaku sesuatu.

"Seri, besar harapan ayah ingin melihat kamu berjaya. jadilah seorang guru. bolehlah kamu menjaga ibumu ini kelak. bertugas la di negeri ini kelak ye nakk..ayah juga mngharapkan ada salah seorang anak ayah dpt tinggal di rumah kita ini untuk mnjaga kami suami isteri. ayah hidup dah xlama. belajar la bersungguh sungguh ye. kamu anak yang bijak dan baik orangnya."

Seri sering mndengarkan ayahnya bercakap sebegitu. dia sebak.dia ingin ayah dan ibunya melihat dia berjaya. ingin membalas jasa ayah dan ibunya. ingin membahagiakn mereka.ingin bersama mereka selamanya.

aku tak ingin belajar jauh. aku nak jaga ayah dan ibu aku.aku nak belajar dekat2 sini je.aku tak nak tinggalkan mereka berdua. mcm mana nnti kehidupan mereka berdua jika tiada seorang pun anak mereka di rumah? walaupun aku seorg shja yg ada di rumah, mereka masih kurang ceria,tiada selera makan, selalu termenung mngenangkan anak2,...macam mana nnti jika aku tiada di sisi mereka?

ya Allah,, jaga lah mereka berdua. jauhkanlah segala musibah dan bahaya terhadap mereka.berikan kebahagiaan kepada mereka dunia dan akhirat. aminn..




bersambung....

No comments:

Post a Comment